Salam & Hello Bleeps,
Hari ni saya terpanggil untuk membuat review pasal Presto die. Apa itu Presto? Kepada anda yang tidak tahu, saya ceritakan secara ringkas. Presto adalah keluaran Spellbinders. Ia direka seperti puncher supaya senang nak cut template xperlu nak gelek2 guna machine seperti Cuttlebug, Big Shot, SideKick etc.. cuma ia juga boleh untuk buat embossing. Apa yang menarik, satu puncher boleh guna dengan pelbagai dies Presto.
Dalam keghairahan membeli dies, saya berkenan dengan die burung ni.
Bila dies sampai je ke meja saya, saya terus post ke FB untuk jual. Dan, saya terus dapat customer request nak beli. Bila saya buka kotak, terfikir kenapa lain macam je dies ni yer? Saya nampak perkataan PRESTO. Seriously, masa beli xde plak saya nampak perkataan tu. Tapi hati dah tertanya die baru ke ni?
Alamak! Saya terus hubungi customer saya dan bagi tahu ianya Presto dies. Jika berminat juga, saya minta izin nak test dulu boleh ke pakai dengan machine. Secara fizikalnya nampak macam boleh dipakai sebab saya tengok dies dia tebal, malah lebih tebal dari dies Spellbinders yang saya ada.
Dengan izin customer saya, saya pun test. Disebabkan customer saya adalah felt crafter, maka, saya test die ini dengan felt dahulu sebab pada saya, kalau felt boleh dipotong, kertas lagi lah boleh kan? Dimaklumkan saya test die ini dengan Big Shot. Maaf kepada pemilik Cuttlebug atau machine lain sebab saya cuma ada Big Shot sahaja.
Saya test dengan 4 jenis felt seperti tertera di gambar.
Saya mulakan test session dengan wool felt (saya juga 30% wool).
Dengan sekali roll sahaja, felt terpotong dengan cantik. Wool sudah terbukti boleh dipotong dengan mana-mana dies. Lihat gambar bawah ni cantik je kan edges dia. Negative dia pun lawa.
Opsss! Apa tu negative? Negative adalah bentuk yang terhasil dari bahagian yang kita potong. Felt melekat di dalam die.
Kemudian saya test pula dengan acrylic felt.
Sebelum potong felt, saya suka letakkan die begini. Anda bagaimana? |
Cut felt & negative |
Setelah sekali rolled, felt saya sudah melekat kat dalam die. Maknanya terpotong habis hanya perlu tarik keluar je dari felt tu. Negative dia pun cantik je.
Tiba part yang mendebarkan saya.
Poly felt terkenal dengan susah nak potong sebab dia liat sikit (^__^)
Disebabkan susah saya nak bercerita pasal poly, maka saya menghasilkan my first ever video tutorial hehehe.. Video ini tiada suara saya hanya action sahaja dan sedikit shaky sebab sebelah tangan pegang camera & sebelah tangan buat kerja.
Ni hasilnya bila saya snap dengan camera. sorry blurr sikit.
Dan negativenya.
Akhirnya, saya test dengan felt yang saya beli di Giant - art felt. Saya beli sebab sukakan colornya. Felt ni keras dan liat juga (susah nak potong). Saya sertakan dengan video juga yer.
Saya snap gambar felt dari giant ni.
Ready untuk di roll |
tertekan flash. But maybe u can see something here. |
So, selesai lah sesi testing dengan felt. Conclusion, die Presto-Birds ini boleh digunapakai dengan roll machine. Betul tekaan saya, die Birds ni sangat cantik! Lihat la gambar bawah ni.
Negativenya, kalau you all potong 4 segi sama cantik-cantik, maka negative nya ni pun boleh dipakai. Buat hiasan dinding ke, sarung bantal ke...
Kepada customer saya (maaf saya xnak sebut namanya selagi tak minta izin), saya sudah tested. Nak lagi ke die ni? hehehe...
1 comments:
Thanks a lot for da review yer..sangat2 membantu... ;)
Post a Comment