Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Coin Purse

Salam & Hello Bleeps,

Last post before raya. 
Nak share coin purse yg saya buat sempena program swap coin purse di FB.
Nah, tengok dulu hasilnya yer..

Alhamdulillah,penerima sukakannya.
Untuk pengetahuan, ni first time saya buat coin purse dan saya sendiri tidak reti nak menjahit. Seriously! Saya minta tolong KakSu (babysitter) untuk jahitkan bag dan lace. So, pada yg xreti menjahit mcm saya pun boleh buat coin purse hehe..beli je coin purse yg kosong tu pastu embellish sendiri okay.

Jom tgk cara-caranya.

Firt step
Lace dijahit terus kat atas bag sebelum attach dengan zip. Saya sengaja buat macam ni supaya tak payah susah2 nak gam dan lace akan terletak sahaja.

Dalam dilema,nak letak ke tak nak? 3,4x fikir akhirnya letakkan je la sbb dh potong pun.
Saya layer kan dengan poly felt nipis yang dipotong dengan border die yang terdapat dalam Spellbinders-Fleur De Lis Accent. Dengan sekali gelek (pergi dan balik) felt sudah terpotong. Saya hanya gam sahaja border ni dengan E-6000.
Dalam proses adjustment. Kat mana nak letak bunga ni
Bunga ni saya cut dengan 30% wool felt dengan menggunakan Spellbinders-Rose Creation. Saya layer kan dan jahit bead. untuk bunga rose kat atas tu, saya layer dengan lebihan kain bag. Saya gunting2 hujung kain dan gulung. (maaf saya xsnap gambar). Saya guna jahit bead ditengah dan hanya gamkan denganbunga purple tu.

Felted Flower
Proses seterusnya saya buatkan bunga besar tu. Bunga tu juga adalah dari felt. Bukan kain felt tapi dari merino wool (tgk gambar bawah ni)
Merino wool
Proses nak buat bunga tu mengambil masa seharian, dimana saya susunkan wool dan layerkan dia dengan color lain untuk nmpkkan effect tebal ditengah. Saya siramkan dengan air sabun yg suam.. dan keringkan.. (saya citer ringkas shaja, klu nak tau teknik yg details bgtahu saya dan sy akan ajarkan atau boleh google sahaja).

Ok ke bead putih?
Percubaan untuk meletakkan bead putih. Tapi nmpk mcm xkena.. mgkn sbb benag hitam terserlah kot. But, Finally, saya decide utk pakai bead hitam. Dan untuk bagi nmpk tebal.. saya pergi beli bead yg saiz besar sikit dan berkilat.

Photo shoot sebelum letak beads.
Beads tu jahit terus dengan bag.Lepas ni bunga tu xde alasan nak terkulai layu ke bawah hehehe..Disebabkan felted flower tu sgt soft so kita boleh bentuk2 kan dia.

Lastly, saya jahit beads belah kiri sebab nmpk terlalu kosong (errr..actually nak cover bahagian yang xlawa tu)


Thank you membaca post ini.

Boleh ke dies Presto digunakan dengan Big Shot?

Salam & Hello Bleeps,

Hari ni saya terpanggil untuk membuat review pasal Presto die. Apa itu Presto? Kepada anda yang tidak tahu, saya ceritakan secara ringkas. Presto adalah keluaran Spellbinders. Ia direka seperti puncher supaya senang nak cut template xperlu nak gelek2 guna machine seperti Cuttlebug, Big Shot, SideKick etc.. cuma ia juga boleh untuk buat embossing. Apa yang menarik, satu puncher boleh guna dengan pelbagai dies Presto.

Dalam keghairahan membeli dies, saya berkenan dengan die burung ni.
Bila dies sampai je ke meja saya, saya terus post ke FB untuk jual. Dan, saya terus dapat customer request nak beli. Bila saya buka kotak, terfikir kenapa lain macam je dies ni yer? Saya nampak perkataan PRESTO. Seriously, masa beli xde plak saya nampak perkataan tu. Tapi hati dah tertanya die baru ke ni?


Alamak! Saya terus hubungi customer saya dan bagi tahu ianya Presto dies. Jika berminat juga, saya minta izin nak test dulu boleh ke pakai dengan machine. Secara fizikalnya nampak macam boleh dipakai sebab saya tengok dies dia tebal, malah lebih tebal dari dies Spellbinders yang saya ada. 

Dengan izin customer saya, saya pun test. Disebabkan customer saya adalah felt crafter, maka, saya test die ini dengan felt dahulu sebab pada saya, kalau felt boleh dipotong, kertas lagi lah boleh kan? Dimaklumkan saya test die ini dengan Big Shot. Maaf kepada pemilik Cuttlebug atau machine lain sebab saya cuma ada Big Shot sahaja.

 Saya test dengan 4 jenis felt seperti tertera di gambar.

Saya mulakan test session dengan wool felt (saya juga 30% wool).



 Dengan sekali roll sahaja, felt terpotong dengan cantik. Wool sudah terbukti boleh dipotong dengan mana-mana dies. Lihat gambar bawah ni cantik je kan edges dia. Negative dia pun lawa.
Opsss! Apa tu negative? Negative adalah bentuk yang terhasil dari bahagian yang kita potong. Felt melekat di dalam die.

Kemudian saya test pula dengan acrylic felt. 
Sebelum potong felt, saya suka letakkan die begini. Anda bagaimana?

Cut felt & negative
Setelah sekali rolled, felt saya sudah melekat kat dalam die. Maknanya terpotong habis hanya perlu tarik keluar je dari felt tu. Negative dia pun cantik je.

Tiba part yang mendebarkan saya.

Poly felt terkenal dengan susah nak potong sebab dia liat sikit (^__^)
Disebabkan susah saya nak bercerita pasal poly, maka saya menghasilkan my first ever video tutorial hehehe.. Video ini tiada suara saya hanya action sahaja dan sedikit shaky sebab sebelah tangan pegang camera & sebelah tangan buat kerja. 
 


Ni hasilnya bila saya snap dengan camera. sorry blurr sikit.
 Dan negativenya.
Akhirnya, saya test dengan felt yang saya beli di Giant - art felt. Saya beli sebab sukakan colornya. Felt ni keras dan liat juga (susah nak potong). Saya sertakan dengan video juga yer.


Saya snap gambar felt dari giant ni.
Ready untuk di roll


tertekan flash. But maybe u can see something here.

So, selesai lah sesi testing dengan felt. Conclusion, die Presto-Birds ini boleh digunapakai dengan roll machine. Betul tekaan saya, die Birds ni sangat cantik! Lihat la gambar bawah ni.

Negativenya, kalau you all potong 4 segi sama cantik-cantik, maka negative nya ni pun boleh dipakai. Buat hiasan dinding ke, sarung bantal ke... 
Kepada customer saya (maaf saya xnak sebut namanya selagi tak minta izin), saya sudah tested. Nak lagi ke die ni? hehehe...

My die cutting storage

Salam & Hello Bleeps,

Hari ni saya just nak share mcmana saya simpan die saya (sambungan dari tutorial dulu).
Selalunya kalau kita beli die, die tersebut akan berada di dalam plastic kalau kita ada 1 ke 5 dies xpelah boleh je nak simpan dlm plastic tu.. tapi kalau dh banyak nak manage pun susah gak. 

Sebelum ni sya hanya simpan Spellbinders dlm plastic dia je.. terasa mcm organized jek (perasaan saya jek waktu itu) tapi bila dh asyik buat kad, pastu nak memilih die mana yg sesuai, payah plak rasa.. nak nak kalau die tu asyik melekat kat double sided tape yg sudah ada dlm plastic, nak tarik pun payah.. renyah sikit keje tu.

Untuk Papertrey die, saya simpan dlm CD catalog box. Beli kat Jusco 2 set hanya RM5 (ada promotion ms tu). Senang juga, tapi lama2 bila die bertambah dan nak cepat terasa payah plak.
 
Jadi, selepas melihat cara otai-otai card maker di luar negara simpan dies dorg, maka saya decided nak buat buku jelah. Sebenarnya banyak cara lain yg boleh dipakai.. contohnya beli box, simpan dlm tu atau buat pocket dlm buku simpan dlm pocket pun boleh gak. Tapi selepas saya tried buat buku utk Spellbinders Nestabilities dulu (boleh tgk sini) saya rasa sangat selesa.. nak cari die pun senang, nak ambik & simpan pun senang.. saya ni malas kit. 

Oleh itu, saya pun merajinkan diri utk buat buku utk dies Spellbinders Shapebilities, MFT & CLD saya..

Tapi hari ni saya hanya nak share MFT & CLD je dulu sebab Spellbinders Shapebilities xsiap deco lagi.

 Disebabkan pattern paper ni dh meriah, saya hanya tambah Stickles Glitter Glue sahaja utk nampak shining (dlm gambar ni xberapa nmpk, saya pun lupa nak snap dekat2). Kemudian saya hanya guna image 'Ala Mode, colored gan Copic Marker dan tampal.

Terasa sayang nak buang paper yang datang sekali gan die. Sebab saya suka color dia Pink & Black. Jadi, saya rasa saya patut buat reminder untuk diri sendiri dengan meletakkan cara menggunakan die di muka surat pertama. Nampakkan di muka kedua tu sy hanya tampal magnetic tape dan lekatkan die. Saya akan letakkan nama die nanti supaya saya tahu setiap nama die saya.

CLD book, dengan menggunakan dies CLD jugak.

Kalau U all ada cara lain utk simpan die atau ada sebarang pertanyaan atau sebagainya boleh comment disini yer.

CLD - Miniature Rose

Assalamualaikum & Hi to you,

Saya dapat banyak pertanyaan berkenaan dengan CLD-Miniature Rose die. Boleh cut felt ke? Saya paham mungkin sebab saya ada note di beberapa photo mengatakan die tersebut tidak boleh cut felt sebab nipis sangat. Benar! Cumanya saya tidak nyatakan pada Miniature Rose ini.

Oleh sebab itu, malam tadi saya telah menjalankan ujian ke atas beberapa jenis felt. 
Mari kita lihat hasilnya..






Saya cuma ada 3 jenis felt dalam simpanan saya yang mana saya tak ingat apa jenisnya. Pada yg tahu sila beritahu saya yer. Saya beli setahun yg lepas.




Saya sengaja snap tangan saya sekali supaya ketebalan felt tu nmpk dengan jelas. 

Kita mulakan dengan color kuning. Felt color Kuning  ni nmpk tebal dan jenis berbulu sikit.





Yang color coklat ni tebal, saya agak dlm 1-1.5mm, tapi dia keras sikit dari color kuning tadi.



Yang terakhir craft felt yang sangat nipis & keras. Saya beli di Giant dengan harga RM11.90 dapat 15 keping dlm satu pack. Berkenan sebab colornya yang cantik.











Mari kita lihat proses memotong pula.

Saya mulakan dengan color kuning. Saya rolled sekali sahaja (kedepan & kebelakang). Saya suka buat ujian utk sekali rolled dulu utk tengok hasilnya.





Hasilnya:
Dengan sekali rolled felt berjaya dipotong perfectly. Edges dia pun nmpk lawa je saya tak perlu kan gunting utk leraikannya












Proses:
Saya suka letak die seperti dalam gambar ni. Senang kita nmpk. Tapi terpulang pada kebiasaan & keselesaan seseorang.

Seperti color kuning, saya juga rolled sekali sahaja (ke depan & ke belakang)

 Hasilnya:

Agak menarik, bila saya cuba nak tarik felt dari cutting pad saya, bunga tersebut terkeluar dengan sendirinya, mungkin sebab cutting felt saya dh bercalar banyak sangat kot.

Bermakna, dengan sekali rolled felt terpotong dengan baik sekali.





Ni gambar bunga selepas di cut dengan jarak dekat.

Lihat betapa kemasnya sisi bunga. Tidak berbulu langsung.











Kita lihat felt color coklat plak.

Seperti biasa saya placed die saya atas felt.

Saya rolled sekali  sahaja (kedepan & kebelakang).





Hasilnya.

Bunga kita dapat lihat dengan jelas kan?

Saya cuba leraikannya. Edges bunga dapat saya leraikan dengan baik...


cuma, bila saya sampai di tengah2 bunga.. nmpknya ada bahagian yang masih belum terpotong dengan baik..  




Jadi, saya ambil kain lain dan buat ujian kali kedua.

Kali ini saya rolled sebanyak 2 kali (kedepan & kebelakang - 2 kali).

Dan hasilnya bunga boleh dileraikan dengan baik.

Lihat gambar (sorry blur sikit).. edges dia nmpk okay kan xde berbulu kesan dari tarik felt.














Hasil cut dengan die CLD-Miniature Rose.




Dies storage book

Salam & Hi Bleeps,

I would like to share with you my new dies storage.

My dies storage before... So messy right?
I store all dies in original case.

Here come my new storage book.




Let me show you how I make this book.
What you need is a book & magnetic tape. Like mine, I used chipboard and cover with pattern paper. I binded the chipboard to make a book with wire comb. 

Let go to important part. To ensure the book can hold all the dies we need magnetic tape. I used 0.5" width to hold my dies. You can get this roll from tesco/stationary shop or you can buy this item from here.

Magnetic roll/tape

I just cut the magnetic tape with my prefered lenght. As you can see, I cut my tape in 3.5". I make 2 rows so all dies will hold perfectly on that tape.

Put the dies
 
At this time, I divided the tape into 2. Meaning, I got 0.25" width tape. I just want to know either the tape can hold the dies or not.


The dies hold perfectly on the book

I put 2 types of die in a page

See, it doesn't fall.

Add another dies in second page.
This time, I wrongly measured the distance between the magnet. So, tiniest die not hold perfectly.

So, I cut small magnet and placed at the required position

Now, my dies hold nicely.

Plan to make another book for Spellbinder Shapebilities. I forgot to tell you, my book was A5 size.

My 6" x 6" chipboard. I wanted to make a storage book for MFT and PTI dies.