Pemenang GA & suprise

Salam & Hello Bleeps.

Nampaknya kita sudah ada pemenang.. 
Setelah di kemaskini semua komen, kita menerima sebanyak 49 penyertaaan di FB dan 2 penyertaan di blog. 49 penyertaan itu bersamaan dengan satu FB account, 1 penyertaan. Kepada peserta yang komen 2,3 kali tu maaf, saya hanya terima satu sahaja.

Saya kumpulkan semua komen, compile dan print. Saya masukkan ke dalam kotak.

Kotak penyertaan
Sebagai penghormatan, saya meminta jasa baik suami, Mr.H untuk cabut satu helai kertas sahaja. Dan, seperti yang saya katakan, kita akan ada 2 pemenang sempena ulang tahun SomethingSweet & ulang tahun ke-2 anak saya. Disebabkan itu, saya juga meminta Rifa'i (anak saya) ambil secara random sehelai lagi nama. Dia paham & ambil sehelai je. Such a clever boy!

Nama-nama peserta
Cabutan randomly by Mr.H  drumm rolllll plzzz....


Nama yang di ambil oleh anak saya ialah


TAHNIAH kepada 2 pemenang ini!


Oleh kerana kami mendapat sambutan yang baik, SomethingSweet telah memutuskan untuk memilih secara random 2 lagi peserta untuk menerima satu stamp dari Imaginisce. Seperti tadi, satu nama dicabut oleh Mr.H & satu nama lagi dicabut oleh anak saya. Dan 2 yang bertuah ini adalah........



SomethingSweet akan menghubungi mereka secara personal untuk mendapatkan details mereka.



Ohya, SomethingSweet juga akan memberikan satu die percuma kepada 3 pembeli bertuah sepanjang December 2011 sehingga 31 May 2012. Mereka yang bertuah adalah:

1) Ct Daud
2) All Lovely Craft
3) Pioda House

Mereka akan menerima satu die dari Quickutz.

Terima kasih kepada semua peserta. 
Jangan sedih sebab tak dapat hadiah sebab tahun depan SomethingSweet akan buat lagi GA.. Mana tahu lagi best hadiahnya.

2 comments:

~::Chenta::~ said...

(~<,) bukan rezki Chenta lagi!!!

medyna said...

nak jugakkk

Post a Comment