Coin Purse

Salam & Hello Bleeps,

Last post before raya. 
Nak share coin purse yg saya buat sempena program swap coin purse di FB.
Nah, tengok dulu hasilnya yer..

Alhamdulillah,penerima sukakannya.
Untuk pengetahuan, ni first time saya buat coin purse dan saya sendiri tidak reti nak menjahit. Seriously! Saya minta tolong KakSu (babysitter) untuk jahitkan bag dan lace. So, pada yg xreti menjahit mcm saya pun boleh buat coin purse hehe..beli je coin purse yg kosong tu pastu embellish sendiri okay.

Jom tgk cara-caranya.

Firt step
Lace dijahit terus kat atas bag sebelum attach dengan zip. Saya sengaja buat macam ni supaya tak payah susah2 nak gam dan lace akan terletak sahaja.

Dalam dilema,nak letak ke tak nak? 3,4x fikir akhirnya letakkan je la sbb dh potong pun.
Saya layer kan dengan poly felt nipis yang dipotong dengan border die yang terdapat dalam Spellbinders-Fleur De Lis Accent. Dengan sekali gelek (pergi dan balik) felt sudah terpotong. Saya hanya gam sahaja border ni dengan E-6000.
Dalam proses adjustment. Kat mana nak letak bunga ni
Bunga ni saya cut dengan 30% wool felt dengan menggunakan Spellbinders-Rose Creation. Saya layer kan dan jahit bead. untuk bunga rose kat atas tu, saya layer dengan lebihan kain bag. Saya gunting2 hujung kain dan gulung. (maaf saya xsnap gambar). Saya guna jahit bead ditengah dan hanya gamkan denganbunga purple tu.

Felted Flower
Proses seterusnya saya buatkan bunga besar tu. Bunga tu juga adalah dari felt. Bukan kain felt tapi dari merino wool (tgk gambar bawah ni)
Merino wool
Proses nak buat bunga tu mengambil masa seharian, dimana saya susunkan wool dan layerkan dia dengan color lain untuk nmpkkan effect tebal ditengah. Saya siramkan dengan air sabun yg suam.. dan keringkan.. (saya citer ringkas shaja, klu nak tau teknik yg details bgtahu saya dan sy akan ajarkan atau boleh google sahaja).

Ok ke bead putih?
Percubaan untuk meletakkan bead putih. Tapi nmpk mcm xkena.. mgkn sbb benag hitam terserlah kot. But, Finally, saya decide utk pakai bead hitam. Dan untuk bagi nmpk tebal.. saya pergi beli bead yg saiz besar sikit dan berkilat.

Photo shoot sebelum letak beads.
Beads tu jahit terus dengan bag.Lepas ni bunga tu xde alasan nak terkulai layu ke bawah hehehe..Disebabkan felted flower tu sgt soft so kita boleh bentuk2 kan dia.

Lastly, saya jahit beads belah kiri sebab nmpk terlalu kosong (errr..actually nak cover bahagian yang xlawa tu)


Thank you membaca post ini.

0 comments:

Post a Comment